Monday, September 23, 2019

Tips untuk Bercuti Di Maldives!

Asalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera guys!

So, ini adalah post pertama kali saya di dalam blogger, harap korang enjoy okay?

Pada 27 Ogos 2019 yang lalu saya dan isteri telah pun melawat ke Maldives iaitu sebuah pulau yang pernah dinobatkan sebagai pulau paling cantik di dunia. So peluang ini saya ambil untuk berkongsikan pengalaman saya dan isteri sepanjang tempoh berada di Maldives tersebut. Untuk pengetahuan korang, Maldives nie terletak di lautan hindi.. dan kalau pakai flight dari Kuala Lumpur ke Maldives mengambil masa dalam 3 jam lebih baru sampai ke kepulauan Maldives.

So, trip kali ini saya guna travel agent iaitu #Kembara Impian dan pakej yang ktaorg pakai adalah 5 Hari 4 Malam  ( best sangat2 ) hehehe.. Untuk pengetahuan jugak ini adalah kali pertama saya dan isteri melancong ke Maldives! Isteri punyalah excited.. hahaha jom kita mulakan.. Bismillahirahmanirahim...


Hari Pertama: SBW-KL-MALE

Saya dan isteri berangkat dari Sibu, Sarawak pada jam 10.00pagi.. datang KL kira jam 12.00 tgh hari. Isteri pun dah excited, dia tengok jer dekat luar tingkap tu dari mula terbang sampai landing kapal terbang.. hahaha saya apa lagi, tidur jer lah.. hahaha okay, lepas tu flight kitaorg ke Maldives dalam jam 6.55pm pulak.. adeh,, lama tunggu tu tapi excited punya pasal.. no hal bro.. hahahah so, dekat KL kita pun berjumpa dengan wakil dari #Kembara Impian iaitu Kak Azie dan suami beliau Abang Azman, ingatkan wakil tadi.. rupanya owner #Kembara Impian sendiri yang turun.. perghh dahsyat! hahaha


Cantik sungguh pemandangan dari atas langit

Sebelum kita berangkat, jangan lupa.. duit perlulah kita tukar dulu, saya tukar dekat airport KL jer, untuk pengetahuan kawan-kawan semua, matawang diorg pakai di Maldives adalah Rufiyan dan USD Dollar, so kat KL xda matawang Rufiyan, jadi kita tukar USD Dollar, yg nie kena siap2 tukar nie.. dekat Maldives susah nak cari tmpt tukar duit nanti.. hehehe Resit utk tukar duit tu simpan, sbb lepas balik nanti boleh tukar RM balik.  So, dipendekkan cerita kita jam pun dah cukup, jadi abg azman uruskan check in ktaorg.. alhamdulilah semua lepas imigresen dgn jayanya.. amin.. ( sapa yg blacklist tu, kena check dulu before pergi travelling takut sangkut )..



Ha... dah sampai di KLIA2, alhamdulilah

Setibanya di kepulauan Maldives, cuaca pun x elok.. hujan dgn angin dia yang kuat.. jadi kitaorg dalam flight tu bertawakal jer, berserah dekat Allah sebab dia punya gegaran tu lain macam.. naik turun jantung kena cuaca yang x bagus tu.. adalah dalam 10 minit kitaorg cemas dlm flight tu. ye lah first time dapat experience macam tu, mana x panik.. hahaha tapi lepas kitaorg landing di maldives jam 8.30pm ( jam malaysia 11.30pm) baru lah lega hati dan syukur sangat2... datang dekat airport tu, terus ada shutter bas yg pickup ktaorg pergi ke pintu masuk..  nak tgk mcm maner rupa bas tu? ha.. kejap.. nanti saya bagi video dia.. hehehe so, lepas tu kita pun masuk ke dlm untuk urusan imigresen, jadi korang kenalah isi satu form kira macam declaration gitu.


Inilah contoh borang yang korang perlu isi..^^ ( Tips dia, kena bawa pen siap2 dari malaysia ) hahaha

Lepas je settle imigresen so, apa lagi? Yeahh!!!! kita dah di Maldives!!! Yahoooo!! hahahha  excited dalam hati jer tu.. control dulu sebab kalau isteri tengok kita excited takut dia ejek saya esok hari.. hahaha, so lepas jer dari imigresen tadi, benda yang harus kita buat adalah mencari Sim Card yg boleh diguna pakai di Maldives. Untuk Pengetahuan semua, dekat Maldives hanya ada satu company telco jer iaitu Dhiraagu, so kita mesti beli satu.. jadi saya pilih yang USD 20 utk 17GB ( Wow! ), tapi dekat hotel line dia mmg laju giler.. hehehe dan sim kad nie dia pakai 5G, mmg power lah.


Ambik jer USD 20 tu, mmg best!

So lepas beli sim kad kita pun pergi tukar duit Rufiyan, di Airport Maldives, common use diorg pakai adalah USD Dollar, tp utk kedai runcit, kedai kecik2, diorg masih pakai Rufiyan, so 1 USD Dollar = 15 Rufiyan. Jadi kena lah keluarkan handphone korang untuk sesi kira mengira.


Amboi.. muka happy lah tu dapat sim kad 17GB hahaha


Inilah contoh duit USD Dollar dan Rufiyan ( Maldives ) hehehe

So, saya x dpt nak ambik gambar hotel, hari dah gelap, apa yang special nya hotel kami malam tu, ada kipas.. hehee kipas siling, ya betul.. saya x pernah lagi tengok hotel ada pakai kipas siling.. inilah first time tengok.. apa lagi? saya bukanlah pengemar aircond sangat, malam tu saya tido pakai kipas.. memang best! hehehe so macam mana? best x hari pertama? Memang best, so nak tengok video dia? jom click link di bawah.. jangan lupa pula subscribe dekat channel youtube kiter "Nang Ngesit"

 Day 1: Trip to Maldives ←←←← Jom tgk video Day 1: Trip To Maldives!




Hari Kedua: Maafushi Island

Jam 8.30am kitaorg brakfast dekat Aaram Stay Hotel, lepas tu terus checkout jam 9.00am sebab kita akan pindah ke Pulau Maafushi. So, sementara tunggu jam tu kita pusing-pusing satu bandar.. Bandar dia x besar.. sempat jugak tengok pantai dia yang sangat kebiruan.


Pantai x jauh dari Aaram Stay, di Hulhumale


Kita pusing-pusing bandar Hulhumale


Van yang pick up kitaorg ke Airport

So, macam biasa akan ada van yang pick up kitaorg dan terus menuju ke Airport Hulhumale untuk transit ke Pulau Maafushi. Baru hari nie dapat tengok dengan jelas keadaan dan rupa bandar Hulhumale nie, untuk makluman kawan-kawan, di sini terdapat 1,200 pulau dan hanya 200 pulau yang berpenghuni ( betulkan saya kalau ada salah ), dan penduduk di sini kebanyakkan dari India. Apa yang menarik di Maldives adalah kes jenayah dia mmg hampir-hampir xda langsung. Yang kena tangkap, kena penjara tu adalah kes dadah semua. Kira bandar nie adalah selamat dari jenayah. So, kita dah sampai airport kena tunggu boat dalam jam 11am baru boleh gerak. 


Inilah speedboat yang diguna pakai untuk ke Pulau Maafushi



sementara menunggu boat, kita pekena ice cream dulu ^^

Boat dah sampai, kita pun naik sambil sight seeing kata org.. Ya Allah.. memang cantik sungguh pemandangan di sekitar Maldives nie, sempat jugak kami lalu dekat Bandar Male, bandar utama dia.. memang sangat-sangat cantik.. Lalu bawah jambatan pulak tu.. hehehe jadi kita tengah berada di tengah-tengah lautan hindi, memang sangat cantik.. Rasa bersyukur sangat dapat tiba di tempat impian macam nie, rasa berterima kasih sangat-sangat dekat #Kembara Impian kerana merealsasikan impian isteri dan saya untuk makan angin di bumi Maldives! 


Air Lautan Hindi sungguh membiru.. ^^

Jadi kita dah tiba di Maafushi Island salah satu pulau tempatan yang cukup popular di sini, Di sini semua ada, hospital, sekolah, penjara, masjid, tapi pulau dia x besar.. kalau jalan kaki 2 jam pusing-pusing boleh habis. Sebaik saja kaki saya melangkah dan pijak jeti Maafushi tu hanya Allah je tau hati saya yang tengah gembira sangat.. hehehe Syukur Alhamdulilah.


Inilah dia depan jeti pulau Maafushi, sangat bersih dan cantik

Sepanjang dari jeti nak menuju ke Hotel, memang pemandangan dia cantik, orang dekat sini semua peramah.. dekat sini, majoriti 90% beragama Islam, jadi kalau lalu jer dekat jeti sehingga hotel memang ada notis bagitau supaya berpakaian sopan, tutup aurat lebih-lebih lagi di public beach. Lepas nie kita sampai di Hotel Kaani Grand Seaview, nama pun sea view, memang harus dia mengadap laut, nak tengok macam mana cantik hotel tu? jom tengok.. hehehe


Inilah rupa depan Kaani Grand Seaview Hotel

Masuk jer dalam hotel lobby diorg bagi tuala sejuk, dan air minuman Ice Lemon Tea, rasa dia memang perghhh! hahhaha layanan diorg hotel memang terbaik.. hehehe jadi x sabar nak tengok bilik.. lepas settle jer hal check in yang dibantu oleh abg azman dan kak azie, kitorg pun naiklah ke bilik masing-masing. Dekat hotel ini ada spa, ada restaurant, ada gym, dan ada watersport aktiviti kalau korang nak join. 


Lobby hotel memang cantik


Inilah rupa di dalam bilik hotel tu.. tengok dekat luar tingkap tu.. Masyallah.. sungguh sempurna ciptaan Mu Ya Allah...

Jadi, lepas puas hati dengan bilik dan wifi yang berkelajuan tinggi, kita pun berehat sementara tunggu aktiviti petang iaitu memancing di lautan, hehehe Kalau dapat ikan nie,  lepas tu bolehlah masak untuk makan malam bossku.. ^^




Gaya seorang artis nak pergi lunch.. ^^

Jam pun dah tengah hari, kita lunch dulu bossku, hehehe dekat sini jangan risau pasal makanan, sebab majoriti orang islam, jadi makanan Halal sangat mudah untuk dicari.. saya dan isteri makan dekat kedai tepi-tepi jer, makan nasi goreng selera kampung, harga dalam USD 4-5 sepinggan, Oklah tu kan, x mahal.. hahaha so, jangan bimbang saya ada ambik video untuk hari ke-2 di Maafushi, hehehe so, lepas makan kita rehat di hotel dan tidur sekejap.. 




Nasi Goreng Kampung dengan extra di situ, Sambal Legend ( Product Isteri saya buat, dia bisnes sambal ikan bilis, kalau nak boleh pm dekat sini nanti k? )


Speedboat yang kita guna untuk pergi memancing, ( Dari kiri Abg Azman, Kak Azie, Kak Mira, dan saya )

Cukup jam 5pm kita pun berangkat pergi ke Speedboat untuk aktiviti memancing.. Dekat atas boat sini saya jumpa ramai pelancong dari Taiwan, ada jugak dari Malaysia, ada dari Korea, ada dari India jugak.. memang macam satu family dah. So boat pun gerak.. jadi kita pun pergilah memancing.. Teknik diorg pakai untuk memancing nie adalah pakai lilit jer dekat benda bulat tu, nie ha seperti dalam gmbr nie:


Hahahaha.. x tahu apa benda tu.. tapi best jugak memancing sambil tengok sunset ( Biasa memancing dekat sungai, kali nie di tengah laut )

Akhirnya sampai ke malam kita memancing, saya seekor pun x dapat.. hahaha xpa.. bukan rezeki lah tu, so hari dah gelap kitaorg pun bersiap nak balik ke hotel, angin pun kuat rupanya nak hujan. tengah otw balik hotel hujan pun turun.. nasib dah sampai dekat jeti.. amin, syukur.. terus kitaorg pergi dinner. Sekali lagi minta maaf sebab x ambil gambar untuk dinner.. hahaha tapi xpa.. saya minta izin dekat kak azie guna gambar kak azie je lah hehehe


Makan malam Kak Azie punya.. 😆

Lepas habis makan malam, apa lagi, tidurlah.. bersiap untuk aktiviti hari esok iaitu melawat ke water villa yang terkenal di maldives ( challet atas air tu ) hehehe, jom kita tengok video yang saya buat untuk hari kedua di Maafushi Island, jangan lupa subscribe di Channel Youtube "Nang Ngesit "

Day 2: Trip To Maldives ←←←←← Jom tengok video Hari Ke-2 di Maldives!





Hari Ketiga : Visit Water Villa

Hari ni dah termasuk hari yang ketiga saya dan isteri berada di Maafushi Island, alhamdulilah setakat nie semua berjalan dengan lancar.. jadi hari ini program ataupun aktiviti kita adalah Snorkeling, melawat White Sand Bank dan Watching Dophlin, jadi saya pun dah semangat nak turun tiba-tiba pula cuaca x mengizinkan.. dari jam 9.00am kita tunggu.. lepas tu sampai jam 10am.. saya tengok abg Azman dan Kak Azie mula gelisah.. program x jadi.. hehehe tetapi dengan pengalaman yang diorg ada, cepat jer diorg buat aktiviti ;ain untuk saya dan isteri.. so kita tukar program kiter iaitu melawat ke Water Villa ( yang nie patut nya aktiviti hari yang ke-4 )..  Harus diingatkan, dekat sini cuaca dia lain.. kalau hujan sekejap jer dalam sejam dua jam macam tu.. tapi angin dia memang kuat.. tapi panas... cuaca panas memang panas, lebih 40 darjah ceclius so nasihat saya cari losyen yang betul-betul boleh block cahaya matahari.. supaya x gelap macam saya nanti.. 


yang nie kena pilih ikut bajet sendiri.. sebab nie xda dalam intenari pakej kita.. tapi water villa nie memang wajib korang pergi.. tempat dia memang cantik.. syurga kata orang..


yang nie chalet 5 bintang.. harga pun bermula dari USD 175 per pax

Di sini dia ada tunjukkan kita pakej-pakej yang kita nak.. dari villa 3 bintang sehinggalah villa 5 bintang.. kalau korang ada duit lebih boleh lah pergi try villa 5 bintang tu memang sangat cantik. Harga pula serendah USD 75 untuk trip 1 hari di sana. So saya dan isteri telah memilih Adaaran Club Rannalhi ( 3 Bintang ) Water Villa.. amin.. hehehe So? apa lagi? jom kita pergi sama-sama..! yeahh! Kita pergi ke jeti untuk transit ke water villa. perjalanan x jauh sangat tapi ombak dia bergelora, adalah dalam 30-40 minit untuk sampai ke destinasi. 


Inilah dia water villa tersebut, pintu masuk dia nie.. hehehe


Kita dah sampai!

Sampai jer kat sini, diorg memang akan layan kita macam dekat hotel yang semalam tu, dia bagi towel basah yang sejuk, dan air ice lemon tea, so apa patut korang buat? lepas tu kita register dulu dan bayar dekat pejabat dia sebelum kita meneruskan misi di dalam pulau nie. hehehe.. siap bayar, jadi diorg akan lekat satu tag dekat tangan korang, so lepas nie kita ada masa sampai jam 4.30pm di sini.. apa lagi? free and easy aktiviti lah jawabnya.. hehehe..

Dekat sini ada satu tempat seperti canteen dia, snack, food dan minuman memang unlimited, korang nak makan sampai muntah mak kau hijau pun boleh.. xda bayaran, semua nya free.. hehehe dekat sini lah yang kita selalu tengok dekat media sosial, youtube, majalah, gambar - gambar chalet atas air yang cantik-cantik.


Rupa pulau tersebut dari jeti utama



Burung nie memang banyak dekat pulau nie, jinak-jinak bah itu

Jadi saya dan isteri mengambil peluang untuk ronda pusing-pusing pulau nie.. memang cantik sangat air dia.. memang sama seperti dalam gambar!  Kalau nak tau, rate villa sini semalam lebih kurang RM4000, mak aiihhh! terkezut kita... hahaha x dapat bermalam dekat villa, singgah sekejap jer pun jadilah.. kat pulau nie memang best, sebab setiap pesisir pantai dia memang ada jer aktiviti air yang boleh kita buat, masa kitaorg datang ke jeti masa nie, kitaorg jumpa baby shark tengah syiok berenang-renang di tepian.. Waseh.. sayang plak x ambik gambar.. hehehe



Jom main lompat-lompat!


Inilah dia villa atas air tu.. memang cantik sangat!


Punyalah gembira dia kena ambik gambar dengan ombak sekali


Betapa cantik nya warna air di sini sungguh biru kehijauan, nampak semua di dalam air tu


Tengok tangan saya dah kena sunburn.. hahaha

Lepas puas pusing-pusing dekat pulau nie, tiba masa plak makan tengah hari. Jangan risau, sebab kita dah bayar pakej tu tadi sekali dengan makan tengah hari. Dia punya restaurant memang besar giler, hahaha dan terlalu banyak menu makanan yang sedap-sedap. Tapi ada jugak bahagian yang x halal.. diaorg ada labelkan, dont worry! 


Jom kita bersantai di tepi pantai!


Habis jer makan, so, kitaorg pun rilex-rilex tunggu boat datang ambik kitaorg balik ke hotel semula iaitu di Kaani Grand Seaview Hotel, Maafushi Island. So kalau nak tengok lebih lanjut lagi apa aktiviti yang saya buat untuk hari nie, jom kita layan video yang saya buat. Jom click link dibawah nie dan jangan lupa subscribe sekali okay? ^^

Day 3: Trip To Maldives - Water Villa ←←←←← Jom click di sini!!









Hari Keempat : Snorkeling, White Sand Bank & Watch Dophlin


Hari yang ditunggu telah tiba, syukur alhamdulilah cuaca hari ini cerah, jadi memang sesuai sangat untuk buat aktiviti air nie. Lepas kitaorg breakfast dekat hotel, kita pun berkumpul di luar hotel untuk sesi taklimat berkenaan aktiviti yang kita akan buat. Semua nie sangat penting untuk kita dengar sebab kita nak pergi di tengah-tengah lautan hindi, keselamatan haruslah diutamakan.. so kena pasang telinga dengar apa yang diorg cakap. So, sebelum pergi kena isi satu form untuk kita pinjam alatan snorkeling nie, dekat lobby sini pun korang boleh minta tuala free so jangan risau, yang penting korang hantar balik lepas guna.


Alatan semua dah ready, tunggu nak pergi jer.. ( Jaket keselamatan, googles, kaki itik )


Inilah dia pelancong dari Malaysia yang kita jumpa dekat Maldives, diorg pun ikut sama dengan kita menyelam.. hehehe

Bila dah semua ready, kita pun berlepas.. naik boat yang semalam jugak.. hehehe jadi dekat boat nie, diorang bagi briefing sekali lagi untuk keselamatan. Bagi yang x reti berenang dia akan ajar sorang-sorang, yang reti berenang dia pecahkan kepada group yang kecil.. diorg pun ada bawa crew untuk keselamatan. Rasa macam selamat pulak bila dah keselamatan dititik beratkan oleh diorang. So, masa tengah on da way tu kita sempat lah borak- borak dengan pelancong yang lain, semua nya sporting giler... hehehe 

Akhirnya tiba di tempat yang kita tuju.. seperti biasa, Diorg ulang balik pasal keselamatan dan ajar kitaorg macam mana nak terjun dengan cara selamat, dan yang penting jangan panik. hehehehe


Sebelum pergi menyelam, saya kena check dulu semua safety tu.. baru bagi izin dekat isteri untuk terjun.. hehehe


Bergambar kejap ( ye lah xda orang nak ambik gambar kita ) lepas nie terjun balik hahaha


Memang air dia jernih, semua boleh nampak di dalam lautan tu.. ^^


Isteri happy sangat sebab first time menyelam dekat lautan hindi ^^


Salah sorang crew diorang yang cukup sporting, Raziq Al-Hassan

Puas sudah kita selam menyelam nie, tiba masanya kita pergi ke White Sand Bank, untuk pengetahuan korang semua, tempat yang dituju kitaorg nie xkan timbul jika air laut x surut, tapi syukur alhamdulilah masa kitaorg pergi tu air surut.. merasa jugak macam mana rupa dekat sana.. hehehe Pasir dia memang putih sangat-sangat, xda satu pun sampah yang ada dekat sini kecuali dikelilingi oleh batu karang yang sungguh cantik.


Inilah rupa dia sewaktu kamiorg tiba di sini.


Pantai yang cukup bersih dengan pasir yang memutih


Kita main lompat-lompat ye...


Kebetulan pada hari kitaorg pergi sini jatuh ke Hari Kemerdekaan 31 Ogos, so kita sambut di sini je lah, Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

So, dekat sini diorg ada bekalkan kita makanan tengah hari, jangan risau kalau korang lapar semua, memang pakej ini lengkap semuanya.. hehehe jadi kitaorg makan lah lunch dekat tepi pantai nie.. memang syiokk tapi macam biasalah.. bab - bab makan nie saya memang selalu lupa ambik gambar.. hahahah ( jangan marah ). Selesai program kitaorg dekat sandbank nie, kita pun meneruskan program yang seterusnya iaitu mencari ikan lumba-lumba. Ha.. yang nie sebelum korang pergi tengok ikan lumba-lumba, korang kena paham.. ikan lumba-lumba nie dia hidup bebas di lautan hindi nie.. jadi kalau masa tu dah nama rezeki korang dapat jumpa, syukur alhamdulilah ye.. sebab masa kitaorg pergi mencari ikan lumba-lumba tu, kitaorg xda rezeki.. 😢😢😢 yelah nak buat macam mana, tengok dalam gambar jer lah.. hahaha so after habis aktiviti kitaorg pun balik semula ke hotel.


 Siapa yang reti nak main kapal layar nie, silakan..  saya x reti.. hehehe tapi saya reti ambik gambar jer..


 Dekat sini pengangkutan utama diorang adalah speedboat macam di belakang saya nie


Nak x nak jugak main buaian nie.. aduyai,, kalau ringan xper lah jugak 😄😄


Boss besar haus.. pergi try watermelon juice harga dia 1USD


Alatan untuk korang main luncur angin hehehe


Jom kita balik hotel, penat dah nie. heheh areeee u ready? Aye Captain!

So sampai jer dekat hotel, kita pun terus pergi shopping untuk cendera mata.. dengar kata dekat sini popular dengan magnet fridge dia. Bahagian nie saya memang x ambik gambar sebab tengah memilih hadiah.. hahaha terlalu banyak pilihan hadiah.. tips dari saya kalau nak beli hadiah nie, sebelum beli cuba survey-survey kedai dahulu.. ada setengah kedai dia jual murah, dan ada setengah kedai dia jual mahal. Kita mesti pandai nego dengan seller.. lagipun seller sini ada yang fasih bahasa melayu.. terkejut jugak dia greet saya "bossku, malu apa bossku, murah-murah" hahaha lucu pun ada. Isteri sempat tanya dari mana belajar cakap melayu? diorg cakap memang dekat sini pelancong malaysia yang ramai datang.. so diorg ada ajar sikit-sikit bahasa melayu.. wahhh.. bangga lah.. jadi jangan risau k? saya ada ambik video untuk aktiviti hari ke-4, siap dengan video di dalam kedai cenderamata tersebut. Apa lagi? jom kita layan video untuk hari keempat kita di Maldives!

Day 4: Trip To Maldives←←←←← Jom Click Video dan Jangan Lupa Subscribe!



Hari Kelima : Visit Male City


Pejam celik dah hari yang terakhir saya dan isteri berada di Maldives, jadi sedih lah jugak sebab nak berpisah dari bumi Maldives yang cantik nie.. So, aktiviti kita hari ini adalah melawat bandar utama Maldives iaitu Male. Selepas kita checkout tengah hari di Maafushi Island, kita pun berangkat balik ke Hulhumale Airport. Flight kita pun jam 8.30pm so banyak masa lagi untuk kita buat aktiviti. Jadi tiba jer dekat Hulhumale, Abang Azman ajak kitaorg untuk pergi melawat bandar jiran iaitu Vilingili, naik pakai ferry jer.. semua ongkos 10USD, hehhehe. 



Inilah ferry yang bawa kitaorg pergi ke bandar Vilingili

Tak jauh jer dalam masa 5 -10 minit sampai lah dekat bandar jiran nie, di sini adalah sebuah perkampungan, jika korang nak tengok masyarakat di maldives ini hidup, ha.. di pulau nie lah sesuai, korang dapat tengok diorang punya lifestyle, sekolah diorang, masjid diorang, aktiviti harian diorang, pekerjaan diorang apa semua.. semuanya ada di sini. Dekat sini jugak adalah satu dua kedai runcit kalau korang nak beli air minuman, tapi mostly diorang guna duit rufiyan.. tapi kalau nak pakai USD pun boleh... cuma rugi sebab xda balance nanti..  


x sangka di sini ada pusat pengajian al-quran dan sunnah


so, x sampai sejam pun kitaorang habis pusing satu bandar tu.. ^^ jadi kitaorang balik semula ke bandar besar iaitu Male ^^ Datang dekat Male kami dibawa oleh tour guide kami ( lupa nama dah ) pakai van keliling bandar.. Bandar dia memang padat, bangunan pun tinggi-tinggi, macam Singapore pulak,.. Penduduk pun ramai dan padat, budaya dari India pun ada dipraktikan di sini. 


Inilah jambatan persahabatan China-Maldives (CRI) salah satu pintu gerbang yang menghubungkan bandar Hulhumale dengan Male ( Gambar Google, saya sendiri x sempat nak ambik )


Kalau dulu, nak pergi bandar Male kena pakai boat ataupun feri, tapi bila jambatan ini siap, diorang dah mula pakai jambatan ini. Dekat Maldives nie, pembangunan sangat rancak dilakukan dan dapat dilihat investor-investor dari Negara China mula melabur di sini. Saya dipahamkan oleh Tour Guide kami bahawa di bandar ini akan ada satu Shopping Mall yang cukup besar dan dah nak siap. Mungkin next time pergi kita akan tengok? mana tahu kan? hehehe


Singgah sebentar di market basah Male, minum air kelapa heheh Kak Azie belanja, terima kasih kak hehe tapi x sempat ambik gambar ^^

Lepas pusing-pusing market basah, kita pun jalan-jalan isi perut, hehehe so, kita makan lah dekat Marrybrown, dekat sini pun ada Marrybrown tau? Ingat kedai tu dekat level bawah.. sekali kena naik tingkat dua.. hahaha so, perut lapar, kita terus makan..  saya spend dalam 350rufiyan untuk makan di situ.



Makan dekat sini memang best, sebab kita menghadap laut.. hehehe ( gambar dari google )


Gambar pemandangan dari dalam Marrybrown

Kalau kita tengok dari pemandangan luar, boleh nampak kenderaan diorang, dekat sini kebanyakkan kenderaan diorang pakai semua comel-comel.. maksud saya yang kecik-kecik. Tapi ada juga bas dan lori yang besar-besar. Budaya main "horn" pun xda diamalkan disini kalau korang naik kenderaan mereka.


Contoh bas yang diguna pakai oleh penduduk di Male ( Gambar dari Google, saya x sempat ambik gambar )


Last destination kita pada petang tu, adalah Male City Council, dekat sini ada tentera yang jaga kawasan nie, kita macam dataran merdeka tu.. Dekat sini ramai pelancong yang mengambil peluang untuk bergambar dengan bangunan City Council tu, termasuklah saya dan isteri ^^.


Dekat belakang saya tu adalah city council dia, dengan bendera Maldives



Inilah wajah tour guide kita pada hari tersebut, dia memang bagus orang nya

Akhirnya selesai sudah program kitaorg di Maldives sepanjang 5 Hari 4 Malam, Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar, baik dari segi pengurusan dari pihak Kembara Impian, memang terbaik, dan agent yang berhubung dengan saya adalah puan carol, beliau telah berjaya memujuk kami dua isteri untuk pergi ke Maldives bersama dengan Kembara Impian, so kalau korang nak check page diorang dekat facebook, boleh taip jer Kembara Impian, memang sangat-sangat recommend untuk korang pergi melancong. Jangan risau, jangan khuatir, travel agent nie memang trusted dan kalau korang masih ragu-ragu, korang boleh message saya untuk dapatkan feedback.


Ini lah dia page Kembara Impian di Facebook

Okay? Macam mana? seronok x baca pengalaman saya pergi Maldives? Nak tengok video? Memang saya ada buat video hehehe jangan risau.. sebelum saya akhiri blog saya nie, saya minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dalam penulisan, kepada sahabat-sahabat saya yang ingin bercuti di Maldives, boleh baca blog saya yang agak panjang nie, dan paling penting sekali saya nak ucap terima kasih kepada abg azman dan kak azie kerana telah menunaikan impian saya dan isteri untuk melawat ke bumi Maldives!

Day 5: Trip To Maldives ←←←←← Jom click untuk lihat video dan jangan lupa subscribe!


Jadi seperti yang dijanjikan, inilah internari yang disediakan oleh mereka:


Itinerary for Maldives

Day 1  : 27 Ogos 2019
- KUL - MLE ( 6:55pm - 8:10pm) 
- Arrive at Velana Int Airport 
- Check in at Hulhumale hotel 

Day 2  : 28 Ogos 2019
- Transfer to Maafushi by speedboat
- Check in at Kaani Grand Seaview @ Arena Beach 
- Explore the Maafushi / Watersport activites ( optional ) 
- Souvenir hunting

Day 3 : 29 Ogos 2019
- Breakfast starts at 7am 
-Snorkeling ( Banana Reef, Turtle Reef, Maavelathu ) 
- Dolphin Cruise 
- Lunch at sandbank 
-Start at 10:00am-4:00pm
- Night Fishing at 530-730pm 
- Dinner at 830pm 

Day 4 : 30 Ogos 2019
-Free & Easy day ; suggestion - Day Trip to water villa( optional & own expenses / fullday ) at 9:00am-6:00pm
-Lunch at resort
-If you choose to stay in Maafushi , no lunch will be provided
-Free & Easy 
- Buffet dinner at hotel

Day 5 : 31 Ogos 2019
- Checkout 
- Transfer to Airport by speedboat
- Explore city of Maldives 
- MLE - KUL ( 830pm - 430am day 5 )

Harga Pakej: RM2899 per pax ( Semua all in termasuk flight KL-Male return, Hotel, dan makan )



Jadi tips kali ini adalah:

1. Matawang adalah Rufiya. (1USD = 15 Rufiyya)

2. Barang runcit, kedai makan & kedai kecil menggunakan Rufiya, perkhidmatan lain kebanyakkan menggunakan USD.

3. Dari Malaysia tukar duit ke USD dan tukar ke Rufiyya apabila tiba di airport. Sila simpan resit untuk tukar balik duit jika tak habis guna.

4. Beza masa dengan Malaysia adalah 3 jam (Malaysia ke hadapan).

5. Maldives adalah negara Islam, Jadi x payah bimbang pasal makanan hehehe

6. Tak boleh pakai 2pieces or 1pieces, hanya di Private Island saja boleh.

7. Makanan dekat Maldives ada yang murah ada yang mahal.. kira-kira dalam RM25-RM40 sekali makan.

8. Bandar Male kecik jer, 2-3 jam pusing habis semua kawasan

9. Ombak di Maldives agak kuat kerana berada di Lautan Hindi

10. Kad Kredit diterima pakai secara meluas di semua tempat 

11. Penerbangan KUL-MALE adalah 4 jam 15 min via AirAsia

12. Kebanyakan rakyat Maldives macam Bangladesh tapi mereka wangi-wangi dan rambut kerinting afro.

13.  Harga normal tiket penerbangan RM770, Promo RM580, Super Promo RM377! (return).

14. Jika tinggal di Pulau Besar seperti Maafushi hotel lebih murah (RM180-600) semalam.

15. Jika menginap di private island yang selalu orang pergi (RM1200 – 12,000) semalam

16. Jika nak ke Maafushi Island naik feri tempatan tambang 3USD (1jam 45 min) tapi naik speedboat kena caj 25USD (45min).

17. Makanan kegemaran di Maldives adalah capati dan tuna dengan kelapa parut.

18. Aktiviti yang boleh buat di sini : trip snorkelin, tengok ikan lumba-lumba atau penyu, trip memancing, Resort Tour, parasailing, luncur angin, naik kapal selam, jetski dan etc.

19. Di Airport hanya ada kedai makan: Thai food, Burger King, Coffee & Pastries, Pizza. Semua makanan harga memang mahal sikit

20. Dulu nama Airport Ibrahim Nasir, sekarang dah tukar ke nama Valena International Airport.

21. Jika nak simpan beg di Airport caj dikenakan adalah 6USD untuk beg saiz biasa dan 10USD untuk beg besar.

22. Kalau ada duit lebih boleh cuba naik SeaPlane untuk melihat Maldives dari udara dan merasai pengalaman untuk kapal terbang mendarat atas lautan.

23.  Kebanyakan orang Maldives boleh cakap bahasa English.

24. Jika nak simpan beg di Airport caj dikenakan adalah 6USD untuk beg saiz biasa dan 10USD untuk beg besar.

25. Fridge magnet kebanyakannya berharga 2USD bagi setiap satu, pandai-pandailah tawar harga ya.

26.  SimCard boleh di beli di Airport.17GB berharga 20USD untuk 7hari. Di hotel juga ada wifi.

27. X perlu bawa kasut kalau pergi sini, sebab basah.. ^^

28. Tempoh yang ideal untuk melawat Maldives adalah 4 hari 3 malam dah cukup.

29.  Ekonomi utama Maldives adalah industri pelancongan, cukai dan ikan tuna.

30.  Elakkan makan di kedai yang bernama Restaurant sebab ada tax dan service charge. Makan di Café atau kedai-kedai ala-ala rakyat gitew untuk harga yang murah.


** Bulan 11 nie saya buat blog untuk Koh Lipe, Thailand pulak, so stay tuned!

5 comments: